|
Written by Reiji Services
|
|
Saturday, 07 July 2007 09:54 |
|
Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat di dalam hutan Henniker, New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan.
Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwil, Charles Gaines, Bob Gurnsey, dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah diadakan di kawasan berkayu dengan keluasan 80 ekar. |
|
Last Updated on Sunday, 12 April 2009 14:53 |
|
|
Written by Reiji Services
|
|
Saturday, 07 July 2007 09:54 |
|
Sukan Paintball telah diiktiraf sebagai sejenis sukan luar (outdoor) yang paling diminati ramai. Sehingga kini ia menduduki tempat ketiga permainan sukan lasak yang paling digemari di dunia dengan mempunyai 12 juta peminat di seluruh dunia. Sukan ini telah dimainkan oleh pemain-pemain dari pelbagai peringkat umur dan kumpulan sama ada lelaki mahupun wanita dari lebih 40 buah negara di dunia. Sukan Paintball merupakan kombinasi permainan tag dan hide & seek atau simulasi peperangan di mana dua kumpulan akan berlawan, iaitu mempertahankan kumpulan dan cuba menumpaskan pihak lawan. Pihak yang berjaya mendapat serta mengibarkan bendera pihak lawan akan dikira sebagai pemenang. Sejenis senapang khas atau pump gun yang dikenali sebagai marker dengan peluru paintball digunakan semasa permainan. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai variasi perlawanan sukan pernah dimainkan, seperti: King of the Hill - Dua atau lebih kumpulan cuba menawan satu atau lebih pangkalan. Pemenang adalah kumpulan yang berjaya menawan dan mempertahankan pangkalan paling lama dalam peruntukan masa yang tertentu.
Team Deathmatch - Kumpulan cuba menumpaskan kumpulan lawan secara kalah mati. Scenario - Dua atau lebih kumpulan bertempur seperti peperangan sebenar. General - Dua kumpulan dengan setiap satunya mempunyai pemain khas (Jeneral). Kumpulan perlu menyingkirkan Jeneral pihak lawan. Secara umumnya, banyak manfaat yang boleh diperolehi dan dipelajari melalui sukan ini selain daripada keseronokan bersukan dan menghilangkan tekanan dalam diri, para pemain boleh meningkatkan serta mengukuhkan semangat kerja berpasukan, membina keyakinan diri dan kepimpinan.
|
|
Last Updated on Thursday, 30 April 2009 17:05 |
|
|